Teh Tarik Game - Cara Bermain

Video Cara Bermain

Video Contoh Bermain

[1/12] Matlamat

2 pasukan bertanding untuk tarik Teh Tarik (minuman kebangsaan Malaysia) sepanjang boleh, kurangkan tumpahan, & kacau pasukan lawan untuk memaksa cawan mereka tertumpah.


[2/12] Senarai Kad

 4x  [Dah Siap, Bos!]

 4x  [Tukar Arah]

 2x  [Rujukan]

40x [Nombor] (1 - 40)


[3/12] Persediaan

- Letakkan 2 kad [Rujukan] di tengah. 

- Edarkan kad [Dah Siap, Bos!] kepada semua pemain mengikut bilangan pemain. 

- Kocok dek (kad [Nombor] & kad [Tukar Arah]) kemudian edarkan kad mengikut bilangan pemain.

- Letakkan baki dek kad di tengah.


Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams Setup1v1 300dpi 20260430 v0.1


Untuk permainan dengan 3 pemain, Pemain #1 main 2 set tangan berasingan.

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams Setup1v2 300dpi 20260430 v0.1


Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams Setup2v2 300dpi 20260430 v0.1


[4/12] Pemain Pertama

- Untuk menentukan siapa mula dulu, setiap pemain pilih satu kad nombor dari tangan sendiri & dedahkan serentak.

- Nombor terbesar bermain dahulu.

- Pemain mengambil giliran bermain mengikut urutan jam.

- Semua komunikasi dengan rakan bila bermain mesti dibuat secara terbuka.

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams 1st Player 300dpi 20260430 v0.1


[5/12] Giliran Anda

- Semasa giliran anda, ambil satu kad daripada dek kad di tengah (jika dek masih ada kad), dan anda MESTI main satu kad.

- Anda boleh main kad ke: cawan pasukan anda ATAU ke cawan lawan anda (HANYA JIKA cawan mereka sudah mempunyai kad).

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams Your Turn 300dpi 20260430 v0.1


[6/12] Tarik Teh

- Mainkan kad nombor ke cawan untuk menarik teh tarik. 

- Ada 40 kad Nombor dari angka 1 hingga 40 (1 kad untuk setiap nombor).

- Setiap cawan bermula dengan tertib menaik, maka setiap kad nombor yang anda mainkan mestilah lebih besar daripada kad nombor sebelumnya dalam cawan tersebut.

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams Pulling Tea 300dpi 20260430 v0.1


[7/12] Tukar Arah

- Mainkan kad [Tukar Arah] untuk tukar daripada tertib menaik kepada tertib menurun atau sebaliknya.

-Apabila jadi tertib menurun, setiap kad nombor yang anda mainkan mestilah lebih kecil daripada kad nombor sebelumnya dalam cawan itu.

- Ada 4 kad [Tukar Arah].

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams Change Direction 300dpi 20260430 v0.1


[8/12] Dah Siap, Bos!

- Mainkan kad ini untuk siapkan cawan pasukan anda & mendapat mata.

- Letakkan semua kad dalam cawan siap ke tepi kecuali kad Rujukan.

- Setiap kad dalam cawan siap bernilai 1 markah (termasuk kad [Tukar Arah] dan kad [Dah Siap, Bos!]).

- Anda tidak boleh mainkan kad ini kepada cawan lawan anda.

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams ReadyToDrinkBoss 300dpi 20260430 v0.1


[9/12] Teh Tarik TerTUMPAH

- Ketika giliran anda, jika anda TIDAK BOLEH bermain apa-apa kad ATAU jika anda MEMILIH untuk tidak bermain apa-apa kad, maka semua kad dalam cawan pasukan anda akan TUMPAH.

- Letakkan semua kad yang telah TUMPAH ke tepi kecuali kad Rujukan.

- Setiap kad yang TUMPAH akan TOLAK 1 markah.

- Kemudian anda MESTI serta-merta mula cawan baru dengan mainkan 1 kad nombor ke cawan kosong anda sebelum giliran anda berakhir.

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams SpillingTea 300dpi 20260430 v0.1


[10/12] Bila Game Tamat

- Game tamat apabila SEMUA kad telah dimainkan (dek kad kosong & SEMUA pemain tiada kad lagi di tangan mereka).

- Permainan masih diteruskan walaupun semua kad [Dah Siap, Bos!] telah dimainkan.

- Lepas game tamat, baki kad dalam cawan kedua-dua pasukan akan TUMPAH serta-merta.

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams EndingGame 300dpi 20260430 v0.1


[11/12] Mengira Jumlah Markah

- TAMBAH bilangan kad dalam 2 Cawan yang SIAP & TOLAK bilangan kad yang TUMPAH

- Setiap kad bernilai 1 markah (termasuk kad [Tukar Arah] & kad [Dah Siap, Bos!] TAPI tidak termasuk [Kad Rujukan].

- Pasukan yang dapat markah tertinggi menang. Anda boleh mendapat markah negatif!

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams CountingScore 300dpi 20260430 v0.1


[12/12] Cara Guna Teh Tarik Game Untuk Mengajar Mengira

- Untuk kanak-kanak yang masih belum belajar mengira, guna kad [Nombor] sebagai kad imbas untuk mengajar mengira 1 hingga 40. 

- Untuk kanak-kanak yang sudah boleh mengira, main Teh Tarik Game seperti biasa untuk melatih konsep nombor lebih besar dan lebih kecil.

Website Image How To Play Teh Tarik Diagrams TeachingCounting 300dpi 20260430 v0.1